Malaysia, Sehati Sejiwa...

Monday, August 31, 2015 Ana 3 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Malaysia, Sehati Sejiwa...

malaysia sehati sejiwa



Selesai sudah sambutan hari kemerdekaan yang ke-58 di Dataran Merdeka pagi tadi. Menonton perarakan dan persembahan padang pagi tadi mengingatkan saya kembali ketika saya terlibat dengan persembahan padang ketika sambutan hari kemerdekaan tahun 1995. Alamak, terasa tua sangat la pula!

Masa tu saya di tingkatan empat, pelajar dari beberapa sekolah di Lembah Klang terlibat dengan persembahan padang. Saya masih ingat lagi, selama 2 bulan (kalau saya tak silap), setiap hari  kami terlibat dengan latihan yang berpusat di sekolah Jalan Cochrane. Sampai awal pagi di sekolah, kami terus bertolak menaiki bas yang disediakan, macam tu lah rutin kami setiap hari selama 2 bulan. Letih memang letih, ditambah pula dengan jurulatih-jurulatih yang garang , tapi kami semua tetap seronok sebab terlibat dengan acara kebanggaan negara itu. Tema tahun itu ialah Jatidiri Penggerak Wawasan.

Bila tiba hari yang dinanti-nanti, pagi-pagi buta lagi kami semua telah terpacak di Dataran Merdeka.  Menunggu ketibaan Yang Dipertuan Agung dalam hujan renyai. Saya memakai t-shirt yang berwarna kuning, mewakili bintang di bendera. Seronok berlari-lari membuat persembahan padang (segmen persembahan kami dipanggil Jalinan Mengkuang, di mana kami kena berpasangan membuat formasi di padang menggunakan kain sepanjang 6 meter!), bukan satu kerja yang mudah, kadang-kadang terpaksa berlawan dengan angin yang meniup kain panjang lebar itu! Memang berdebar-debar, takut kain terlepas dari tangan ketika membuat persembahan!


Baca juga:
Malaysia, masih Sehati Sejiwa...
Selamat Hari Kebangsaan 2016 - Malaysia Sehati Sejiwa

Itu kenangan 20 tahun yang lepas (argghh sekali lagi terasa sangat-sangat tua!). Tahun ini? Tahun ini, selain sambutan yang rutin di Dataran Merdeka, ada sambutan pra Merdeka, iaitu Bersih 4.0! Berita Bersih 4.0 seakan-akan menenggelamkan sedikit berita sambutan kemerdekaan kali ini. Khabarnya Bersih 4.0 bukan sahaja diadakan di Malaysia, malah di seluruh dunia. seperti Bersih 4.0 London, Bersih 4.0 Melbourne, Bersih 4.0 New York, Bersih 4.0 Perth, Bersih 4.0 Perth dan banyak lagi!

Saya tak rasa nak tulis panjang mengenai Bersih 4.0,  cuma pada pendapat saya sebagai rakyat biasa ni, selain daripada kita mempersoalkan mengapa perhimpunan Bersih 4.0 tetap diteruskan walaupun tak dapat permit, mungkin kita perlu juga kembali kepada perkara pokok --- mengapa perhimpunan itu diadakan in the first place? Apakah tujuan Bersih 4.0? Apakah yang tertulis dalam tuntutan Bersih 4.0? Apakah sebab nya rakyat sanggup turun beramai-ramai untuk berhimpun? Ha, kalau dah dapat jawapannya mungkin boleh bawa berbincang kot? Mungkinkah memang dah takde cara lain untuk rakyat suarakan rasa hati mereka?Atau tiada yang sudi mendengar rasa hati rakyat?

Ok, ok..saya bukan ahli politik, tulis panjang lebar nanti salah fakta pula! Sampai sini saja cerita untuk hari ni, jumpa lagi di entry akan datang, insyaAllah!

3 comments:

Harga rumah akan turun?

Saturday, August 29, 2015 Ana 0 Comments


Harga rumah akan turun?



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda dah memiliki rumah sendiri? Belum lagi? Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang...


harga rumah mahal
Credit: malaysianreview.com

harga rumah naik
Credit: beritasemasa.com.my



Memang harga rumah semakin hari semakin naik. Tak terkejar dibuatnya. Rumah yang saya beli di Bangi 8 tahun yang lepas pada harga RM247,000 kini dah naik sehingga RM400,000! Harga pasaran terkini ni saya dapat daripada penilai (valuer) yang buat penilaian ke atas rumah saya (teres setingkat lot tepi) bila saya buat refinance rumah tak lama dulu. Itu kawasan Bangi, kalau di Kuala Lumpur memang tipis harapan nak dapat rumah teres setingkat (jarang (atau takde?)) jumpa iklan rumah setingkat kawasan KL), ataupun rumah teres yang dalam lingkungan RM200K ke atas. Jika ada sekalipun dalam lingkungan harga tu, mungkin apartmen ataupun pangsapuri.

Bagi anda yang masih menunggu-nunggu dan tercari-cari rumah yang sesuai, apakah lagi yang anda nantikan? Harga rumah akan turun? Harga rumah akan jatuh? Itu macam sesuatu yang agak mustahil (tapi boleh terjadi dengan izin Allah) untuk berlaku bagi harga rumah di Malaysia Tanah air ku ini.

Harga rumah di kawasan-kawasan segitiga emas juga semakin lama semakin naik. Di kawasan Keramat misalnya, sebuah rumah teres setingkat lot tepi baru-baru ni berjaya dijual oleh pemiliknya dengan harga RM600,000K! Bayangkan berapa agaknya jika anda ingin membeli rumah 2 tingkat terpakai (terpakai??)  di kawasan ini, tidak mustahil untuk mencecah jutaan ringgit! Memang untung berganda-ganda sebab pada pengetahuan saya rumah teres 2 tingkat di kawasan ini asalnya dibeli dengan harga RM47K sahaja! Apa-apa pun mungkin bergantung juga pada keadaan rumah terpakai itu, sebab kenalan saya baru-baru ini berjaya membeli rumah teres 2 tingkat lot tepi dengan harga RM800k di kawasan Ukay Perdana. Pada saya harga itu agak murah bagi kawasan tersebut.

Harga rumah murah, harga rumah mampu milik, harga rumah mesra rakyat dan pelbagai lagi tentunya jadi buruan golongan yang berpendapatan sederhana yang pastinya mencari harga rumah yang sesuai dengan  gaji.

Baca juga:
Refinance rumah anda...
Buat duit dengan rumah sewa
Hak milik strata, deposit rumah dan pinjaman bank yang tak diluluskan...


Semakin lama menunggu, harga rumah semakin naik. Tabik spring dengan blogger-blogger yang aktif dengan pelaburan hartanah. Beli dan jual rumah macam makan kacang putih je bagi mereka ni! Bab-bab refinance rumah dapat cash, refinance rumah lama, refinance rumah lelong, proses refinance rumah, pengiraan refinance rumah, syarat refinance rumah, refinance rumah untung atau rugi, refinance rumah untuk pelaburan, semuanya di hujung jari mereka saja. Memang untung ada pengetahuan dalam hal-hal yang mendatangkan duit ni.
  
Yang pastinya saya tak boleh lupa bila Dr Azizan Osman beritahu (di seminar nya) yang dia dah ada 24 biji (eh, ke 34 biji?) rumah sekarang ni! Hebat, hebat! Tumpang seronok (tumpang je la yang mampu...) dengar cerita orang-orang yang berjaya ni.

Mampukah saya memiliki 24 biji rumah? Hahaha , rumah yang satu ni pun belum habis bayar lagi! Sebab tu lah kena join keahlian Planet Jutawan Hartanah kan! Takpe, tak salah kan berangan-angan setinggi langit? :P

Sampai sini dulu cerita untuk hari ini, jumpa lagi di entry akan datang, InsyaAllah...

0 comments:

Selepas berhenti kerja, mampu kah saya bertahan?

Sunday, August 23, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Wah...dah 2 bulan lebih tak meng update blog! Apa dah jadi ni! Apa nak jadi ni!

Jangan disalahkan sibuk puasa , sibuk raya dan sebagainya ya, salahkan kemalasan yang melanda diri untuk ke sekian kali nya!

Kemaafan dipohon jika ada yg mem follow blog ini (sah sah takde yang follow kan!!). Saya memang agak tidak terurus kebelakangan ini.

Selepas berhenti kerja hari tu, macam-macam projek ada dalam kepala, itu nak buat, ini nak buat, tapi Alhamdulillah setakat ni ada la satu projek yang sedang berjalan. Baru merangkak sebenarnya, belum berjalan lagi, sebab belum ada keuntungan heheh...baru lepas fasa menghabiskan duit untuk persiapan projek dan sekarang tengah mencari-cari prospek sasaran (ayat macam bagus je!)

Cabaran juga lepas berhenti kerja ni. Yang saya paling perasan sekali, saya dah berubah jadi orang yang kedekut! Ye ke kedekut? Bukan kedekut, mungkin lebih berhemah dalam berbelanja. Setiap kali nak keluarkan duit dari purse memang terbayang duit dalam akaun yang semakin berkurang. Budget talian hayat saya InsyaAllah boleh bertahan untuk 10 bulan lagi. Besar menggunung harapan untuk projek yang baru nak bermula ni dapat dijayakan dengan jayanya sebelum talian hayat saya tu putus. Ngeri nya membayangkan baki duit yang terpampang kat skrin ATM tu lepas 10 bulan nanti!

Apa-apa pun Allah sebaik-baik perancang, kita hanya mampu berusaha kan:

"Wa Makaru Wa Makara Allah Wa'llahu Khairul Makereen"
(Surah Ali 'Imran (3):54).

"They planned and Allah planned and Allah is the best of planners.
" Kita merancang, dan ALLAH juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang."



Sampai sini saja cerita untuk hari ini, InsyaAllah jumpa lagi di entry akan datang...:)





0 comments: