Malaysia, Sehati Sejiwa...
Malaysia, Sehati Sejiwa...
Selesai sudah sambutan hari kemerdekaan yang ke-58 di Dataran Merdeka pagi tadi. Menonton perarakan dan persembahan padang pagi tadi mengingatkan saya kembali ketika saya terlibat dengan persembahan padang ketika sambutan hari kemerdekaan tahun 1995. Alamak, terasa tua sangat la pula!
Masa tu saya di tingkatan empat, pelajar dari beberapa sekolah di Lembah Klang terlibat dengan persembahan padang. Saya masih ingat lagi, selama 2 bulan (kalau saya tak silap), setiap hari kami terlibat dengan latihan yang berpusat di sekolah Jalan Cochrane. Sampai awal pagi di sekolah, kami terus bertolak menaiki bas yang disediakan, macam tu lah rutin kami setiap hari selama 2 bulan. Letih memang letih, ditambah pula dengan jurulatih-jurulatih yang garang , tapi kami semua tetap seronok sebab terlibat dengan acara kebanggaan negara itu. Tema tahun itu ialah Jatidiri Penggerak Wawasan.
Bila tiba hari yang dinanti-nanti, pagi-pagi buta lagi kami semua telah terpacak di Dataran Merdeka. Menunggu ketibaan Yang Dipertuan Agung dalam hujan renyai. Saya memakai t-shirt yang berwarna kuning, mewakili bintang di bendera. Seronok berlari-lari membuat persembahan padang (segmen persembahan kami dipanggil Jalinan Mengkuang, di mana kami kena berpasangan membuat formasi di padang menggunakan kain sepanjang 6 meter!), bukan satu kerja yang mudah, kadang-kadang terpaksa berlawan dengan angin yang meniup kain panjang lebar itu! Memang berdebar-debar, takut kain terlepas dari tangan ketika membuat persembahan!
Baca juga:
Malaysia, masih Sehati Sejiwa...
Selamat Hari Kebangsaan 2016 - Malaysia Sehati Sejiwa
Itu kenangan 20 tahun yang lepas (argghh sekali lagi terasa sangat-sangat tua!). Tahun ini? Tahun ini, selain sambutan yang rutin di Dataran Merdeka, ada sambutan pra Merdeka, iaitu Bersih 4.0! Berita Bersih 4.0 seakan-akan menenggelamkan sedikit berita sambutan kemerdekaan kali ini. Khabarnya Bersih 4.0 bukan sahaja diadakan di Malaysia, malah di seluruh dunia. seperti Bersih 4.0 London, Bersih 4.0 Melbourne, Bersih 4.0 New York, Bersih 4.0 Perth, Bersih 4.0 Perth dan banyak lagi!
Saya tak rasa nak tulis panjang mengenai Bersih 4.0, cuma pada pendapat saya sebagai rakyat biasa ni, selain daripada kita mempersoalkan mengapa perhimpunan Bersih 4.0 tetap diteruskan walaupun tak dapat permit, mungkin kita perlu juga kembali kepada perkara pokok --- mengapa perhimpunan itu diadakan in the first place? Apakah tujuan Bersih 4.0? Apakah yang tertulis dalam tuntutan Bersih 4.0? Apakah sebab nya rakyat sanggup turun beramai-ramai untuk berhimpun? Ha, kalau dah dapat jawapannya mungkin boleh bawa berbincang kot? Mungkinkah memang dah takde cara lain untuk rakyat suarakan rasa hati mereka?Atau tiada yang sudi mendengar rasa hati rakyat?
Ok, ok..saya bukan ahli politik, tulis panjang lebar nanti salah fakta pula! Sampai sini saja cerita untuk hari ni, jumpa lagi di entry akan datang, insyaAllah!
sekolah mana yer dlu...sbb sy pun terlibat dgn pertunjukan jalinan mengkuang tu n kebetulan, sy pun pakai baju kuning...masa formasi utk bendera Malaysia, sy kat bulan sabit..hehehehe
ReplyDeletesaya sekolah convent bukit nanas, sama tak? tq lawat blog saya ya! :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete