COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan akan disambung?

Thursday, April 09, 2020 Ana 0 Comments


COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan akan disambung?



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ini genap 23 hari kebanyakan rakyat Malaysia 'berkurung' di dalam rumah sebagai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

Soalan yang saya percaya kini bermain-main di fikiran kita ialah samada PKP akan dilanjutkan atau tamat pada 14 April ini.

COVID-19
Credit : Bernama.com
** Petugas KKM yang melakukan saringan COVID-19 **
** Frontliners. Wira negara. Permudahkanlah segala urusan mereka Ya Allah...**


Ketika PKP Fasa 1 hampir tamat pada 31 Mac yang lalu, saya memang telah ada 'bayangan' yang PKP akan dilanjutkan ke Fasa 2.

"Hello, saya call dari HKL, temujanji di bahagian Pemulihan Carakerja pada 25/3 ni kami terpaksa postpone ke tarikh lain disebabkan COVID-19. Nanti kami akan call semula untuk tarikh baru"

"Hello Cik, saya buat panggilan dari HKL. Temujanji untuk buat ujian ultrasound pada 26/3 ni kami terpaksa postpone disebabkan COVID-19. Kami tunda ke 10/9, itu tarikh yang selamat"

"Hello, saya call dari HKL berkenaan temujanji pada 9/4 di klinik perubatan am kami terpaksa tunda ke 14/9 disebabkan COVID-19. Saya dah dapatkan tarikh baru untuk buat semula ujian darah dan kencing. Cik boleh datang ke farmasi drive thru HKL untuk dapatkan bekalan ubat dan borang untuk ujian darah"     


COVID-19



"Hello, ini panggilan dari bahagian Oftalmologi HKL. Saya nak maklumkan yang temujanji pada 6/4 kami terpaksa tunda ke 17/8 disebabkan COVID-19"

Hampir setiap hari saya menerima panggilan daripada HKL mengenai penundaan temujanji hospital untuk abang saya.

Ketika itu saya sudah terbayangkan keadaan di hospital yang tak sibuk menguruskan kes-kes COVID-19. Kes sudah semakin banyak maka urusan temujanji yang lain terpaksa ditunda. Maka saya semakin yakin PKP akan dilanjutkan ke Fasa 2.

Bagaimana pula dengan keadaan sekarang?

Akan bersambungkah PKP ke Fasa 3?

Ramai yang sudah tak sanggup berkurung di rumah. Bagi yang bekerja dengan gaji harian, ramai yang hilang mata pencarian disebabkan tidak dapat keluar rumah. Ramai yang berharap PKP akan segera ditamatkan agar dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tapi jauh di sudut hati yang paling dalam, tak dapat nak disangkal ramai di antara kita yang masih mahu PKP diteruskan sehinggalah keadaan diyakini benar-benar terkawal daripada ancaman virus COVID-19.

Persoalannya, bila?

Siapa yang mampu memberi jaminan keadaan sudah terkawal dan tak perlu bimbang lagi dengan wabak ini?

Andai PKP ditamatkan, mampu kah kita mengekalkan amalan seperti kerap mencuci tangan serta penjarakkan sosial? Saya sendiri mengaku walaupun saya lengkap bertopeng muka dan bersarung tangan ketika ke pasaraya, penjarakkan sosial itu sedikit susah nak diamalkan kerana kerap kali terlupa.

Bagaimana pula agaknya nak menerapkan penjarakkan sosial di kalangan pelajar sekolah terutamanya anak-anak yang masih kecil?

Penjarakkan sosial di dalam LRT yang penuh penumpang ketika waktu puncak?

Penjarakkan sosial ketika orang ramai bersemangat membeli belah untuk persiapan menyambut Ramadhan dan Syawal nanti?

COVID-19 sesungguhnya telah mengubah cara hidup kita.

Sama-sama kita nantikan pengumuman Perdana Menteri mengenai PKP esok.

Sama-sama lah kita bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk mengharungi hari-hari yang mendatang....

#stayathome
#dudukdirumah
#stopcovid19
#kitajagakita

0 comments: