Sakit itu mahal....

Sunday, February 09, 2020 Ana 0 Comments


Sakit itu mahal....




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Apabila saya menulis post semalam dengan tajuk 'Jagalah kesihatan kerana sakit itu mahal harganya' , sebenarnya saya nak tulis mengenai kos rawatan dan penjagaan abang saya yang kini merupakan pesakit stroke. Melencong ke topik coronavirus pula jadinya topik semalam.

Sakit itu mahal.

Ya, memang mahal.

1.
Kos rawatan fisioterapis datang ke rumah: Sekali sesi rawatan = RM95
Setiap minggu 2 sesi rawatan fisioterapi.
Kos fisioterapi untuk sebulan: RM760

2.
Kos rawatan tukang urut datang ke rumah: Sekali sesi urut = RM150
Setiap minggu 2 sesi urutan.
Kos urutan untuk sebulan: RM1200

3.
Kos rawatan acupuncture datang ke rumah: Sekali sesi rawatan = RM80
Setiap minggu 1 kali sesi rawatan.
Kos acupuncture untuk sebulan: RM320

4.
Kos diapers (lampin pakai buang) : Harga sebungkus diapers dengan 9 keping diapers = RM24
Seminggu purata 4 diapers digunakan.
Kos diapers untuk sebulan: RM48

5.
Kos pembantu yang menjaga dan menguruskan urusan harian seperti mandi, menukar diapers, latihan senaman dan lain-lain urusan harian.

Kos pembantu atau homecare ini sangat-sangat besar.

Bayaran homecare dikira mengikut jam. Setiap jam dikenakan bayaran RM16 untuk jam 7am hingga 7pm dan RM18 untuk waktu selain waktu tersebut.

Untuk 2 bulan yang pertama, kami mengambil khidmat homecare untuk 9 jam. Dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang.

Maka bayaran homecare untuk setiap hari ialah RM16×9= RM144

Bayaran perlu dibuat setiap 10 hari. Bayangkan setiap 10 hari perlu membayar RM1440 x 10 = RM1440. Sebulan sudah RM4320.

Kos rawatan-rawatan di atas (selain homecare) sahaja sudah melebihi RM2000. Belum lagi termasuk kos ulang alik ke hospital dan klinik kesihatan setiap minggu @ bulan untuk temujanji doktor.

Maka untuk sebulan saja kos rawatan dan penjagaan sudah menghampiri RM8000.

Menakutkan. Melainkan anda ialah seorang yang kaya raya maka kos tersebut bukanlah masalah besar bagi anda.

Kos rawatan dan penjagaan
Credit : Google


Namun perlu juga kita ingat yang duit setinggi gunung sekalipun tidak mampu membeli kesembuhan dan badan yang sihat. Tidak mampu membeli tidur yang lena dan hati yang tenang.


Sihat itu umpama takhta di kepala orang yang sihat tetapi hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit.
(Health is a crown that a healthy person wear, but only the sick can see it).

Jagalah kesihatan.

Kawal pemakanan.

Ambil ubat mengikut jadual yang disarankan.

Sebelum merungut atau mengeluh kerana bosan perlu makan ubat setiap hari, bayangkan akibatnya jika sakit datang menyerang tiba-tiba satu hari nanti.

Bayangkan kos rawatan dan penjagaan yang perlu ditanggung hanya disebabkan anda bosan menelan ubat yang sama setiap hari.

Tak perlu saya bayangkan lagi. Itu lah yang terjadi di depan mata ketika ini.

😔😔😔











0 comments: