Selepas sebulan menyepi...saya kini bebas dari virus 'M' ! (are u sure??)

Sunday, May 03, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Maaf kerana membiarkan blog bersawang hampir sebulan. Virus 'M' melanda saya dengan teruknya. Saya tewas dengan serangannya.

VIRUS 'M' KONON! ALASAN JE TU!

Ya, saya mengaku agak malas  kurang meng update blog sehingga terbiar tiada entry terkini. Banyak cerita yang ingin saya kongsikan tapi tak tahu kenapa tangan ini sangat malas untuk menaip. Jadi, akibatnya cerita cerita yang hendak dikongsi itu dah jadi basi. Tak terkini langsung. Tak seronok nak dikongsi lagi.

Banyak cerita suka duka yang berlaku selama saya menghilang, antaranya...

1. Sehingga hari ini, telah genap 1 bulan 6 hari saya menghantar surat letak jawatan. Tinggal lagi 2 bulan untuk saya terus bekerja dan selepas itu, merdeka!

2. Kerja-kerja renovate rumah saya sedang giat dijalankan. Macam tak percaya je saya akan memulakan bisnes homestay. Betul ke ni? Boleh ke saya buat ni? Mampu ke saya uruskan sendiri? Apa-apa pun siapkan dulu kerja renovate, lepas tu kita cerita lain.

3. Selain berlaku kebocoran poket akibat belanja renovate rumah, poket juga semakin menipis semenjak ada nya GST. Beli barang dapur kena GST, beli kipas siling kena GST, makan roti telur dan minum teh tarik kena GST, beli tilam kena GST. Pendek kata memang 'MERIAH' la sana sini dengan GST!. Maafkan hamba yang kurang cerdik ini, tapi adakah sesiapa yang tahu beza resit kedai yang kenakan GST dengan kedai yang serap GST?? Sama je saya tengok resit barang dibeli di MYDIN (yang serap GST) dengan resit barang yang dibeli di AEON (yang tak serap GST). Nanti saya share kan contoh resit saya ( kalau ingat). Tabik kepada mereka yang sanggup mengorbankan hari cuti mereka dengan berpanas berterik pada 1 Mei yang lepas untuk menunjukkan bantahan beramai-ramai tanda tidak puas hati dengan kebaikan barang akibat GST. Saya belum lagi, diulangi sekali lagi, saya BELUM LAGI menemui barang yang dikatakan turun harga selepas GST!!

4. Pembaca berita Astro Awani yang saya minati,  Ashwad Ismail telah selamat bernikah 1 Mei yang lepas. Tahniah Ashwad. Ok, lepas ni tak berapa minat Ashwad dah, minat Rizal Zulkapli pula,hahaha!

5. Berita yang paling menyedihkan ialah kemalangan maut yang mengorbankan 3 beranak di Lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu 2 Mei yang lalu. Tambah menyedihkan apabila kemalangan dikatakan akibat perlumbaan ala Fast & Furious oleh sekumpulan 6 pemandu Myvi dari kelab kereta Familia Myvi Club. Siasatan masih dijalankan dan jika benar kemalangan ini disebabkan oleh sikap berlumba silap tempat oleh pemandu pemandu  Myvi itu, saya tak tahu apakah perasaan mereka apabila melihat 3 beranak itu (terutamanya anak kecil 7 bulan itu) tercampak keluar dari kereta Pajero setelah teruk Pajero itu dilanggar Myvi aka Ferrari tersebut. Tiada perasaankah mereka? Tiada rasa bersalah? Apa rasanya jika perkara yang sama berlaku terhadap ahli keluarga mereka? Marah? Suka? Apa-apa pun kita tunggu hasil siasatan. Jika yang bersalah itu terlepas sekali pun, ingat lah anda pasti akan mendapat balasannya di akhirat kelak.


Ok lah, agak emosional sikit pada cerita yang kelima tu.

Mulai hari ini, saya berikrar maka kami, rakyat malaysia, berikrar, akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami  akan cuba sedaya upaya Insyallah, untuk mengupdate blog ini setiap hari!


0 comments: