Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.  

Wednesday, February 26, 2020 Ana 0 Comments


Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.  


Assalamualaikum & salam sejahtera....


Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan apabila melihat Tun Mahathir menyampaikan perutusan khas petang tadi.

Seorang negarawan berusia 94 tahun yang masih berdiri gagah mentadbir negara Malaysia yang tercinta.

Percaya atau tidak, tatkala Tun Mahathir berdiri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 selepas kemenangan besar pakatannya dalam pilihanraya yang ke-14 lepas, ada satu perasaan lega di hati. Rasa macam Malaysia selamat di bawah pentadbirannya. Tak dinafikan ada satu dua perkara yang mungkin tak sehati sejiwa dengan beliau, tapi tak dapat dinafikan negarawan ulung itu banyak jasanya kepada negara.


Tun Mahathir
Credit : chedetofficial


Nama beliau masyhur di peringkat dunia. Bagi rakyat biasa seperti saya, sudah cukup bangga apabila ditegur penjual di tanah suci Mekah begini:

Malaysia? Malaysia? Oh Mahathir, Mahathir!




Teringin nak tahu macam mana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh ambil keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Kalau itu pun belum cukup musykil, lagi teringin nak tahu ialah macam mana Muhyiddin boleh terfikir nak kerjasama dengan UMNO. Parti yang menyingkirkan beliau satu ketika dulu.

Teringin nak tahu adakah Mukhriz Mahathir setuju dengan langkah keluar daripada pakatan dan bekerjasama dengan UMNO. Berbeza sungguh kah pandangan dan pendapat antara Mukhriz dan Tun Mahathir?

Teringin sangat-sangat nak tahu apa yang dimaksudkan oleh Azmin Ali (ahli Parlimen kawasan saya, iaitu Parlimen Gombak) apabila beliau mengatakan beliau bukan pengkhianat dan tindakan beliau dan kumpulannya keluar daripada pakatan adalah untuk menyelamatkan keadaan?

Teringin juga nak tahu apa yang ada dalam perancangan kumpulan pakatan nasional apabila mengenakan syarat kepada Tun Mahathir. Sokong Tun M jika kerajaan baru yang bakal ditubuhkan tak termasuk DAP. Tarik balik sokongan kepada Tun M jika sebaliknya. Main tarik tali ke?

Semoga ada jalan keluar yang terbaik dalam kemelut ini.

😔😔😔


Perutusan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial

Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuantuan dan puan-puan.

Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.  Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya,dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.  Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara  Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.  Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.  Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.  Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong.  Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.  Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

Jika diizin inilah yang akan saya cuba. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini. Sekian, terima kasih. 


0 comments:

Sakit itu mahal....

Sunday, February 09, 2020 Ana 0 Comments


Sakit itu mahal....




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Apabila saya menulis post semalam dengan tajuk 'Jagalah kesihatan kerana sakit itu mahal harganya' , sebenarnya saya nak tulis mengenai kos rawatan dan penjagaan abang saya yang kini merupakan pesakit stroke. Melencong ke topik coronavirus pula jadinya topik semalam.

Sakit itu mahal.

Ya, memang mahal.

1.
Kos rawatan fisioterapis datang ke rumah: Sekali sesi rawatan = RM95
Setiap minggu 2 sesi rawatan fisioterapi.
Kos fisioterapi untuk sebulan: RM760

2.
Kos rawatan tukang urut datang ke rumah: Sekali sesi urut = RM150
Setiap minggu 2 sesi urutan.
Kos urutan untuk sebulan: RM1200

3.
Kos rawatan acupuncture datang ke rumah: Sekali sesi rawatan = RM80
Setiap minggu 1 kali sesi rawatan.
Kos acupuncture untuk sebulan: RM320

4.
Kos diapers (lampin pakai buang) : Harga sebungkus diapers dengan 9 keping diapers = RM24
Seminggu purata 4 diapers digunakan.
Kos diapers untuk sebulan: RM48

5.
Kos pembantu yang menjaga dan menguruskan urusan harian seperti mandi, menukar diapers, latihan senaman dan lain-lain urusan harian.

Kos pembantu atau homecare ini sangat-sangat besar.

Bayaran homecare dikira mengikut jam. Setiap jam dikenakan bayaran RM16 untuk jam 7am hingga 7pm dan RM18 untuk waktu selain waktu tersebut.

Untuk 2 bulan yang pertama, kami mengambil khidmat homecare untuk 9 jam. Dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang.

Maka bayaran homecare untuk setiap hari ialah RM16×9= RM144

Bayaran perlu dibuat setiap 10 hari. Bayangkan setiap 10 hari perlu membayar RM1440 x 10 = RM1440. Sebulan sudah RM4320.

Kos rawatan-rawatan di atas (selain homecare) sahaja sudah melebihi RM2000. Belum lagi termasuk kos ulang alik ke hospital dan klinik kesihatan setiap minggu @ bulan untuk temujanji doktor.

Maka untuk sebulan saja kos rawatan dan penjagaan sudah menghampiri RM8000.

Menakutkan. Melainkan anda ialah seorang yang kaya raya maka kos tersebut bukanlah masalah besar bagi anda.

Kos rawatan dan penjagaan
Credit : Google


Namun perlu juga kita ingat yang duit setinggi gunung sekalipun tidak mampu membeli kesembuhan dan badan yang sihat. Tidak mampu membeli tidur yang lena dan hati yang tenang.


Sihat itu umpama takhta di kepala orang yang sihat tetapi hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit.
(Health is a crown that a healthy person wear, but only the sick can see it).

Jagalah kesihatan.

Kawal pemakanan.

Ambil ubat mengikut jadual yang disarankan.

Sebelum merungut atau mengeluh kerana bosan perlu makan ubat setiap hari, bayangkan akibatnya jika sakit datang menyerang tiba-tiba satu hari nanti.

Bayangkan kos rawatan dan penjagaan yang perlu ditanggung hanya disebabkan anda bosan menelan ubat yang sama setiap hari.

Tak perlu saya bayangkan lagi. Itu lah yang terjadi di depan mata ketika ini.

😔😔😔











0 comments:

Jagalah kesihatan kerana sakit itu mahal harganya.....

Saturday, February 08, 2020 Ana 0 Comments


Jagalah kesihatan kerana sakit itu mahal harganya.....



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Siapa tak pernah jatuh sakit? Semua orang pernah sakit kan. Tak kira lah sakit ringan mahupun berat, percayalah tiada siapa yang ingin ditimpa penyakit. Tapi jika dah ditakdirkan sakit itu datang 'melawat' maka tiada apa yang dapat kita lakukan untuk mengelaknya.


Cakap pasal sakit pastinya penyakit yang paling hangat diperkatakan ketika ini ialah penyakit yang berpunca daripada Novel Coronavirus. Melihatkan angka kematian di negara China yang semakin hari semakin meningkat, sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan di hati. Hari kes pertama dirujuk di HKL ialah hari yang sama saya ke HKL untuk mengambil laporan perubatan abang saya. Ketika berurusan di kaunter nampak juga lah staf di belakang sedang mengedarkan penutup hidung dan muka kepada semua staf di bahagian tersebut.

Jika dibiarkan otak ini berfikir macam-macam, memang menakutkan juga bila terfikir:

Macam mana kalau ada orang yang telah dijangkiti virus tersebut berurusan di kaunter yang sama?

Macam mana kalau orang tersebut telah bersin atau batuk di kaunter tersebut dan virus elah tersebar?

Macam mana kalau saya telah ter'pegang' virus yang telah tersebar itu?

Macam mana kalau orang yang telah dijangkiti itu bersin dengan menutup mulutnya tapi tangan yang tutup mulut tadi telah memegang pula pintu masuk yang kemudiannya saya pula pegang?

Macam mana? Macam mana?

Macam-macam.

Bawa bertenang.


Coronavirus tersebar melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin serta melalui sentuhan.

Simptom-simptom Coronavirus ialah demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala dan sesak nafas.


Perkara asas paling utama dan dapat dilakukan oleh setiap individu untuk mengelakkan jangkitan Coronavirus ialah dengan menjaga kebersihan diri dan lebih kerap mencuci tangan terutamanya selepas menghadiri urusan yang melibatkan ramai orang.

Mengelak lebih baik daripada merawat...

Sakit itu datang seperti ribut dan pergi seperti semut....

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua dilindungi daripada virus ini, agar penawar virus ini dapat ditemui dan mereka yang dijangkiti dapat sembuh kembali...

Statistik daripada laman web worldometer setakat jam 7:14 pm 8 Februari 2020..



Coronavirus statistics
Credit : worldometers.info

0 comments: