Jagalah kesihatan kerana sakit itu mahal harganya.....

Saturday, February 08, 2020 Ana 0 Comments


Jagalah kesihatan kerana sakit itu mahal harganya.....



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Siapa tak pernah jatuh sakit? Semua orang pernah sakit kan. Tak kira lah sakit ringan mahupun berat, percayalah tiada siapa yang ingin ditimpa penyakit. Tapi jika dah ditakdirkan sakit itu datang 'melawat' maka tiada apa yang dapat kita lakukan untuk mengelaknya.


Cakap pasal sakit pastinya penyakit yang paling hangat diperkatakan ketika ini ialah penyakit yang berpunca daripada Novel Coronavirus. Melihatkan angka kematian di negara China yang semakin hari semakin meningkat, sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan di hati. Hari kes pertama dirujuk di HKL ialah hari yang sama saya ke HKL untuk mengambil laporan perubatan abang saya. Ketika berurusan di kaunter nampak juga lah staf di belakang sedang mengedarkan penutup hidung dan muka kepada semua staf di bahagian tersebut.

Jika dibiarkan otak ini berfikir macam-macam, memang menakutkan juga bila terfikir:

Macam mana kalau ada orang yang telah dijangkiti virus tersebut berurusan di kaunter yang sama?

Macam mana kalau orang tersebut telah bersin atau batuk di kaunter tersebut dan virus elah tersebar?

Macam mana kalau saya telah ter'pegang' virus yang telah tersebar itu?

Macam mana kalau orang yang telah dijangkiti itu bersin dengan menutup mulutnya tapi tangan yang tutup mulut tadi telah memegang pula pintu masuk yang kemudiannya saya pula pegang?

Macam mana? Macam mana?

Macam-macam.

Bawa bertenang.


Coronavirus tersebar melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin serta melalui sentuhan.

Simptom-simptom Coronavirus ialah demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala dan sesak nafas.


Perkara asas paling utama dan dapat dilakukan oleh setiap individu untuk mengelakkan jangkitan Coronavirus ialah dengan menjaga kebersihan diri dan lebih kerap mencuci tangan terutamanya selepas menghadiri urusan yang melibatkan ramai orang.

Mengelak lebih baik daripada merawat...

Sakit itu datang seperti ribut dan pergi seperti semut....

Sama-samalah kita berdoa agar kita semua dilindungi daripada virus ini, agar penawar virus ini dapat ditemui dan mereka yang dijangkiti dapat sembuh kembali...

Statistik daripada laman web worldometer setakat jam 7:14 pm 8 Februari 2020..



Coronavirus statistics
Credit : worldometers.info

0 comments: