COVID-19 : The world we once believed in, will shine again in grace....

Sunday, April 12, 2020 Ana 0 Comments



COVID-19 : The world we once believed in, will shine again in grace....


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, saya kerap tonton rancangan berbentuk berita. Buletin Pagi, Selamat Pagi Malaysia, Berita Terkini, Buletin Awani dan lain-lain lagi. Sidang media perkembangan COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan , Datuk Dr Noor Hisham memang dah jadi slot kegemaran setiap hari. Setiap hari saya akan pastikan dah duduk tunggu depan tv sebelum pukul 5 petang. Sidang media KP Kesihatan memang sangat bermaklumat. KP terangkan perkembangan dengan detail dan jelas sekali. Walau ditanya soalan yang sama setiap hari, jawapan beliau konsisten lengkap dengan statistik dan angka-angka sekali. Siap beliau boleh ingat kes-kes tertentu. Contohnya kes-23 melibatkan warga Amerika, kes ke-X dalam gelombang pertama begini dan kes ke-X dalam gelombang pertama begitu. Respek betul dengan beliau.


Credit : Twitter



Pagi tadi dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) ada disiarkan video klip mengenai COVID-19 dengan lagu cover 'Heal The World' nyanyian Michael Jackson. Bak kata pengacara SPM, Shahril Sarapudin, lagu ini memang dah biasa kita dengar. Tapi bila dijadikan lagu cover dan disertai dengan klip-klip menunjukkan keadaan dunia yang terkesan dengan wabak COVID-19, impak lagu tu jadi lain macam. Sangat deep menusuk jiwa. Rasa sebak pun ada juga 😢😢😢

Seluruh dunia bersatu menentang musuh yang satu. Semoga kita semua akan bertemu dengan sinar di hujung terowong satu hari nanti....💪💪💪



https://youtu.be/YDikVAVS5bA




Heal The World - Michael Jackson

There's a place in your heart 
And I know that it is love 
And this place could be much 
Brighter than tomorrow 

And if you really try 
You'll find there's no need to cry 
In this place you'll feel 
There's no hurt or sorrow 

There are ways to get there 
If you care enough for the living 
Make a little space 
Make a better place 

Heal the world 
Make it a better place 
For you and for me 
And the entire human race 

There are people dying 
If you care enough for the living 
Make it a better place 
For you and for me 

If you want to know why 
There's love that cannot lie 
Love is strong 
It only cares of joyful giving 

If we try we shall see 
In this bliss we cannot feel 
Fear of dread 
We stop existing and start living 

Then it feels that always 
Love's enough for us growing 
So make a better world 
Make a better place 

Heal the world 
Make it a better place 
For you and for me 
And the entire human race 

There are people dying 
If you care enough for the living 
Make a better place for you and for me 

And the dream we were conceived in 
Will reveal a joyful face 
And the world we once believed in 
Will shine again in grace 

Then why do we keep strangling life 
Wound this earth, crucify its soul 
Though it's plain to see 
This world is heavenly 
Be god's glow 

We could fly so high 
Let our spirits never die 
In my heart I feel you are all my brothers 
Create a world with no fear 
Together we cry happy tears 
See the nations turn their swords into plowshares 

We could really get there 
If you cared enough for the living 
Make a little space 
To make a better place 

Heal the world 
Make it a better place 
For you and for me 
And the entire human race 

There are people dying 
If you care enough for the living 
Make a better place for you and for me 

Heal the world 
Make it a better place 
For you and for me 
And the entire human race 

There are people dying 
If you care enough for the living 
Make a better place for you and for me 



#stayathome
#dudukrumah
#stopcovid19

0 comments:

Nikmat yang didustakan.....

Friday, April 10, 2020 Ana 0 Comments

Nikmat yang didustakan.....




Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Salam sayyidul ayyam...


Apabila dah terkurung sempena PKP ini, baru kita perasan macam-macam nikmat yang kita miliki dahulu tanpa sedar dan jarang kita hargai (dan mungkin juga tak teringat nak bersyukur dengan nikmat tersebut 🙁)

Satu masa dulu kita dah biasa bebas ke sana sini, bila-bila teringat nak ke kedai, terus capai kunci kereta dan start enjin terus jalan. Nikmatnya bebas ke mana-mana.

Sekarang, jika tiada yang melarang pun kita tidak dapat nak ke mana-mana....

Mana yang mana satu kah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan....?



Satu masa dulu kita seronok jalan-jalan cuti-cuti Malaysia bersama keluarga atau pun kenalan, isi minyak kereta penuh terus pusing satu Malaysia.

Sekarang ni harga minyak dah murah, lebih murah daripada yang pernah dijanjikan kepada rakyat satu ketika dulu. Nikmat harga minyak murah. Tapi, isi minyak kereta penuh pun kita tak dapat nak ke mana-mana waktu PKP ni....

Mana yang mana satu kah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan....?



Satu masa dulu jika kita terlalu sibuk dengan urusan harian sebagai pekerja mahu pun pelajar, kita mungkin kadang kala terlupa nak balik ke kampung menjenguk orang tua dan saudara mara. Sudah lama tidak tak bersalaman, bersembang dan sama-sama ber rewang kenduri.

Nikmatnya dapat pulang ke kampung,  salam peluk cium ibu bapa, bersilaturahim bersama saudara mara. Tapi kini entah bila lagi dapat kita merasa lagi nikmat yang kita ambil mudah selama ini....

Mana yang mana satu kah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan....?



Satu masa dulu, kita selalu di 'spoil' kan dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman di bazar Ramadhan. Ada kalanya sampai tak cukup tangan nak bawa hasil belian di bazar. Tapi apabila berbuka hanya satu dua yang dijamah dan yang lain akhirnya dibuang ke tong sampah.

Dengan pembatalan bazar Ramadhan tahun ini disebabkan penularan COVID-19, dapatkah kita berpeluang lagi merasai nikmat membeli di bazar Ramadhan selepas ini?

Mana yang mana satu kah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan....?  


Mana satu kah nikmat Tuhan yang kamu dustakan....?


Yang paling terkesan di hati ialah....

Satu masa dulu kita seronok beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat terawih di bulan Ramadhan. Bagi yang tak berkesempatan, terawih saja di rumah. Esok lusa boleh ke masjid. Kalau tak sempat pun kali ini, tahun depan masih ada, tahun depan saja lah terawih berjemaah di masjid.

Masih berpeluang kah lagi kita merasai nikmat berterawih di masjid di tahun-tahun yang mendatang....🙁

Mana yang mana satu kah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan....? 


😔



فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabiayyi ‘aalaa’i Rabbikumaa Tukadzdzibaan” 
(Surah Ar-Rahman)

Mana yang mana satu kah di antara nikmat-nikmat Tuhan yang kamu hendak dustakan....?   

0 comments:

COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan akan disambung?

Thursday, April 09, 2020 Ana 0 Comments


COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan akan disambung?



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Hari ini genap 23 hari kebanyakan rakyat Malaysia 'berkurung' di dalam rumah sebagai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

Soalan yang saya percaya kini bermain-main di fikiran kita ialah samada PKP akan dilanjutkan atau tamat pada 14 April ini.

COVID-19
Credit : Bernama.com
** Petugas KKM yang melakukan saringan COVID-19 **
** Frontliners. Wira negara. Permudahkanlah segala urusan mereka Ya Allah...**


Ketika PKP Fasa 1 hampir tamat pada 31 Mac yang lalu, saya memang telah ada 'bayangan' yang PKP akan dilanjutkan ke Fasa 2.

"Hello, saya call dari HKL, temujanji di bahagian Pemulihan Carakerja pada 25/3 ni kami terpaksa postpone ke tarikh lain disebabkan COVID-19. Nanti kami akan call semula untuk tarikh baru"

"Hello Cik, saya buat panggilan dari HKL. Temujanji untuk buat ujian ultrasound pada 26/3 ni kami terpaksa postpone disebabkan COVID-19. Kami tunda ke 10/9, itu tarikh yang selamat"

"Hello, saya call dari HKL berkenaan temujanji pada 9/4 di klinik perubatan am kami terpaksa tunda ke 14/9 disebabkan COVID-19. Saya dah dapatkan tarikh baru untuk buat semula ujian darah dan kencing. Cik boleh datang ke farmasi drive thru HKL untuk dapatkan bekalan ubat dan borang untuk ujian darah"     


COVID-19



"Hello, ini panggilan dari bahagian Oftalmologi HKL. Saya nak maklumkan yang temujanji pada 6/4 kami terpaksa tunda ke 17/8 disebabkan COVID-19"

Hampir setiap hari saya menerima panggilan daripada HKL mengenai penundaan temujanji hospital untuk abang saya.

Ketika itu saya sudah terbayangkan keadaan di hospital yang tak sibuk menguruskan kes-kes COVID-19. Kes sudah semakin banyak maka urusan temujanji yang lain terpaksa ditunda. Maka saya semakin yakin PKP akan dilanjutkan ke Fasa 2.

Bagaimana pula dengan keadaan sekarang?

Akan bersambungkah PKP ke Fasa 3?

Ramai yang sudah tak sanggup berkurung di rumah. Bagi yang bekerja dengan gaji harian, ramai yang hilang mata pencarian disebabkan tidak dapat keluar rumah. Ramai yang berharap PKP akan segera ditamatkan agar dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tapi jauh di sudut hati yang paling dalam, tak dapat nak disangkal ramai di antara kita yang masih mahu PKP diteruskan sehinggalah keadaan diyakini benar-benar terkawal daripada ancaman virus COVID-19.

Persoalannya, bila?

Siapa yang mampu memberi jaminan keadaan sudah terkawal dan tak perlu bimbang lagi dengan wabak ini?

Andai PKP ditamatkan, mampu kah kita mengekalkan amalan seperti kerap mencuci tangan serta penjarakkan sosial? Saya sendiri mengaku walaupun saya lengkap bertopeng muka dan bersarung tangan ketika ke pasaraya, penjarakkan sosial itu sedikit susah nak diamalkan kerana kerap kali terlupa.

Bagaimana pula agaknya nak menerapkan penjarakkan sosial di kalangan pelajar sekolah terutamanya anak-anak yang masih kecil?

Penjarakkan sosial di dalam LRT yang penuh penumpang ketika waktu puncak?

Penjarakkan sosial ketika orang ramai bersemangat membeli belah untuk persiapan menyambut Ramadhan dan Syawal nanti?

COVID-19 sesungguhnya telah mengubah cara hidup kita.

Sama-sama kita nantikan pengumuman Perdana Menteri mengenai PKP esok.

Sama-sama lah kita bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk mengharungi hari-hari yang mendatang....

#stayathome
#dudukdirumah
#stopcovid19
#kitajagakita

0 comments: