Jom buat biskut raya!

Friday, June 26, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hari ni dah masuk hari ke-9 Ramadhan. Sekejap saja masa berlalu kan?

Alang-alang dah tak bekerja pejabat ni, saya teringin pula nak buat biskut raya sendiri. Sebut pasal biskut raya terus teringat kat biskut choc chip Famous Amos yang saya ikut resepinya di sini:

http://www.ctdelima.net/2012/02/biskut-chocolate-chip-famous-amos.html?m=1

Gambar kredit dari www.ctdelima.net

Memang sedapppp biskut ni! Adik saya sampai mengadap depan balang biskut makan sampai habis!

Anda boleh lah mencuba resepi ini, mana lah tahu jiran-jiran atau saudara-mara atau sahabat handai yang datang beraya ke rumah anda terpikat dengan biskut air tangan anda ini. Tiba-tiba anda tidak henti-henti pula dihujani dengan tempahan biskut chocolate chip, dapat juga dijadikan pendapatan sampingan kan!

Hahaha apa-apa pun sebelum mengarut berangan lebih jauh, mulakan langkah dengan mencuba resepi ini (pesanan untuk diri sendiri!)

Selain biskut raya, saya juga teringin nak mencuba buat kek cheese. Saya dah ada satu resepi yang sedap (InsyaAllah saya kongsikan di entry akan datang) . Bagi yang inginkan langkah-langkah lengkap membuat kek cheese, boleh juga ikuti panduan dalam video 'Panduan Membuat Kek Cheese' seperti di bawah.

Selamat Mencuba☺






0 comments:

Saya dah berhenti kerja..what's next?

Friday, June 26, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem. Selamat Berpuasa.

Maaf lama tidak mengupdate blog. Saya tengah menyesuaikan diri dengan suasana baru. Suasana baru?

Misi saya telah separuh lengkap. Last day saya sebagai pekerja bank ialah pada 17 Jun 2015. Saya sekarang secara rasminya tidak bekerja. Duduk berehat di rumah ☺

Nikmat nya berbeza bila berpuasa di rumah. Ketika masih bekerja dulu memang terkejar-kejar ke bazar Ramadhan selepas tamat waktu pejabat. Kini, jam 3.30 petang dah meronda-ronda di bazar Ramadhan!!

Nikmat yang paling besar tentunya dapat lebih masa untuk beribadah. Tak perlu lagi mencuri masa. Kena beringat-ingat juga supaya tak leka dengan lebihan masa, nanti jadi sebaliknya pula, tak tau nak buat apa dengan masa yang ada!

Saya masih mencari-cari kerja sambilan yang sesuai dibuat dari rumah. Iya lah, kena juga fikirkan punca rezeki untuk menyara hidup yang akan datang ni kan.

Apa-apa pun, kita puasa dan raya dulu!!


 

0 comments:

Malaysia 0 - Thailand 1

Thursday, June 04, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Kecewa? Sangaaaaaaaaat kecewa. Tapi jangan diikutkan sangat perasaan. Takde rezeki namanya tu.

Takpe, try again next time.

(Dalam hati rasa nak menjerit kecewa!)


0 comments: