Dapat smartphone Xiaomi Redmi percuma???

Friday, May 22, 2015 Ana 0 Comments





Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cantik tak smartphone baru saya? Dapat free mestilah cantik!! Free gift Xiaomi Redmi dari YES, sempena 2 tahun saya subscribe wifi YES.  Best, thank you YES! Belum habis explore lagi, dok tengah belek-belek lagi ni hehehe..

Semenjak dapat smartphone free ni, ketagih lak nak dapat barang-barang free lagi, hahaha teruk betul perangai kan!! Kalau anda pun perangai teruk macam saya,  suka free gift macam saya, boleh la try link-link kat bawah ni, semua free-free belaka!!




0 comments:

Tips borong dari China & tips Instagram! Eh,ada kaitan ke?

Tuesday, May 19, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Apa lagi alasan kerana gagal meng update blog? Virus 'M' lagi??? Ahh sudahlah,virus 'M' itu alasan semata-mata (walaupun sekarang ni memang saya berada di hospital,tapi bukan untuk merawat virus 'M' !)




Memang macam-macam lah alasan kalau dah malas tu kan. Rindu juga nak berceloteh di blog ni, tapi apa kan daya,tak mampu nak gagahkan jari jemari yang halus ini untuk menaip. Rugi juga,banyak idea dan cerita terbiar begitu saja.

Saya baru-baru ini telah membeli ebook yang sangat menarik. Bukan satu,tapi 2 ebook yang tak rugi untuk anda miliki.




Salah satunya ialah ebook RahsiaTaobao.com oleh Nigel Ong di atas. Pada mulanya saya agak skeptikal dengan isi kandungan buku ini. Apa yang rahsia sangat? Tapi selepas membelinya memang rasa berbaloi sebab dapat banyak ilmu baru yang menarik! Kalau kita mampu untuk ikuti tips-tips yang dikongsikan ini, memang Insyallah tidak mustahil dapat menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Yang saya rasa sangat berkenan dengan buku ini ialah tips yang dikongsikan memang sesuai sangat dengan saya yang malas nak berjalan jauh ke China untuk memborong tidak begitu banyak masa untuk travel ke China untuk memborong. Bagi anda yang sama situasi macam saya, ebook ni memang sesuai untuk anda. Selama ini saya memang tak berminat dengan memborong barang dari China sebab kekangan travel tu,tapi sekarang dah terbuka mata dengan adanya alternatif yang dicadangkan ebook ini. Selain masalah travel, masalah tak pandai nak tawar menawar dengan peniaga China dan masalah nak pos mem pos barang borongan pun jadi masalah besar untuk saya. Ebook ini memang awesome, macam tahu-tahu masalah saya, semua ada jalan penyelesaiannya. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ebook dengan harga rm60 (harga ini waktu saya beli hari tu, jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang, harga mungkin akan naik berdasarkan sambutan hangat terhadap ebook ini!


Satu lagi ebook menarik yang juga baru saya beli ialah ebook Rahsia Dominasi Instagram tulisan saudara Herman Hawa. Saya bukan seorang yang hebat mahir gunakan Instagram, tapi ebook ini mengajar saya untuk memanfaatkan Instagram bukan sekadar untuk menayang selfie, tapi gunakan untuk jana pendapatan sampingan sehingga 4 angka! Dalam ebook berharga rm89 (pada waktu saya beli) saya saaangat tertarik dengan teknik-teknik yang bukan luar biasa tapi mungkin kita saja yang terlepas pandang selama ini. Bak kata penulisnya Herman Hawa, teknik jana pendapatan melalui instagram ini saaangat sesuai untuk mereka yang tiada modal besar dan orang yang pemalu nak menjual barang! saya lah tu! Bersama dengan ebook ini turut disertakan bonus ebook  8 tips IM, panduan paypal dan juga ebook  panduan cara-cara nak setup instagram di pc (panduan setup bluestacks). Ebook ini lengkap dengan tips dari mula cara mencari produk CPA (cost per action) yang menarik, cara mendaftar akaun instagram yang sesuai dan cara-cara menjana trafik dari pengguna sasaran (target audience).  Teknik yang mudah,tidak terlalu teknikal dan boleh digunapakai oleh sesiapa saja walaupun oleh orang yang tak pernah tahu pun mengenai instagram selama ini!

Ebook yang terbaru dan belum lagi saya beli ialah e-book IGKaboom , juga tulisan saudara Nigel Ong yang pakar dalam Instagram. Dalam e-book ini dikongsikan pelbagai tips untuk anda yang ingin tingkatkan jualan melalui Instagram dengan meningkatkan bilangan follower Instagram anda. Bukan sebarangan follower ya, tapi follower yang:


  1. Targeted – Memang minat produk atau servis anda.
  2. Aktif – Jenis yang suka like, komen & tag rakan mereka.
  3. Real – Manusia sebenar bukan robot
  
Macam mana nak dapatkan ketiga-tiga jenis follower ini? Kalau nak tahu , wajib dapatkan e-book IGKaboom ini. Buat masa yang terhad e-book ini kini ditawarkan dengan harga RM60 sahaja.  Siap ada 3 lagi ebook tambahan (InstaAds Tutorial, Panduan Penulisan Caption dan 5 Case Study Client) sebagai bonus untuk meningkatkan lagi ilmu anda dalam strategi pemasaran di Instagram.





Selamat mencuba ya!

0 comments:

Selepas sebulan menyepi...saya kini bebas dari virus 'M' ! (are u sure??)

Sunday, May 03, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Maaf kerana membiarkan blog bersawang hampir sebulan. Virus 'M' melanda saya dengan teruknya. Saya tewas dengan serangannya.

VIRUS 'M' KONON! ALASAN JE TU!

Ya, saya mengaku agak malas  kurang meng update blog sehingga terbiar tiada entry terkini. Banyak cerita yang ingin saya kongsikan tapi tak tahu kenapa tangan ini sangat malas untuk menaip. Jadi, akibatnya cerita cerita yang hendak dikongsi itu dah jadi basi. Tak terkini langsung. Tak seronok nak dikongsi lagi.

Banyak cerita suka duka yang berlaku selama saya menghilang, antaranya...

1. Sehingga hari ini, telah genap 1 bulan 6 hari saya menghantar surat letak jawatan. Tinggal lagi 2 bulan untuk saya terus bekerja dan selepas itu, merdeka!

2. Kerja-kerja renovate rumah saya sedang giat dijalankan. Macam tak percaya je saya akan memulakan bisnes homestay. Betul ke ni? Boleh ke saya buat ni? Mampu ke saya uruskan sendiri? Apa-apa pun siapkan dulu kerja renovate, lepas tu kita cerita lain.

3. Selain berlaku kebocoran poket akibat belanja renovate rumah, poket juga semakin menipis semenjak ada nya GST. Beli barang dapur kena GST, beli kipas siling kena GST, makan roti telur dan minum teh tarik kena GST, beli tilam kena GST. Pendek kata memang 'MERIAH' la sana sini dengan GST!. Maafkan hamba yang kurang cerdik ini, tapi adakah sesiapa yang tahu beza resit kedai yang kenakan GST dengan kedai yang serap GST?? Sama je saya tengok resit barang dibeli di MYDIN (yang serap GST) dengan resit barang yang dibeli di AEON (yang tak serap GST). Nanti saya share kan contoh resit saya ( kalau ingat). Tabik kepada mereka yang sanggup mengorbankan hari cuti mereka dengan berpanas berterik pada 1 Mei yang lepas untuk menunjukkan bantahan beramai-ramai tanda tidak puas hati dengan kebaikan barang akibat GST. Saya belum lagi, diulangi sekali lagi, saya BELUM LAGI menemui barang yang dikatakan turun harga selepas GST!!

4. Pembaca berita Astro Awani yang saya minati,  Ashwad Ismail telah selamat bernikah 1 Mei yang lepas. Tahniah Ashwad. Ok, lepas ni tak berapa minat Ashwad dah, minat Rizal Zulkapli pula,hahaha!

5. Berita yang paling menyedihkan ialah kemalangan maut yang mengorbankan 3 beranak di Lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu 2 Mei yang lalu. Tambah menyedihkan apabila kemalangan dikatakan akibat perlumbaan ala Fast & Furious oleh sekumpulan 6 pemandu Myvi dari kelab kereta Familia Myvi Club. Siasatan masih dijalankan dan jika benar kemalangan ini disebabkan oleh sikap berlumba silap tempat oleh pemandu pemandu  Myvi itu, saya tak tahu apakah perasaan mereka apabila melihat 3 beranak itu (terutamanya anak kecil 7 bulan itu) tercampak keluar dari kereta Pajero setelah teruk Pajero itu dilanggar Myvi aka Ferrari tersebut. Tiada perasaankah mereka? Tiada rasa bersalah? Apa rasanya jika perkara yang sama berlaku terhadap ahli keluarga mereka? Marah? Suka? Apa-apa pun kita tunggu hasil siasatan. Jika yang bersalah itu terlepas sekali pun, ingat lah anda pasti akan mendapat balasannya di akhirat kelak.


Ok lah, agak emosional sikit pada cerita yang kelima tu.

Mulai hari ini, saya berikrar maka kami, rakyat malaysia, berikrar, akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami  akan cuba sedaya upaya Insyallah, untuk mengupdate blog ini setiap hari!


0 comments: